Header Ads

Daripada Keluarga Susah Kini Pemuda Ini Mampu Memiliki Bengkel Sendiri.. Ini Rahsianya..





Kisah perjalanan hidupnya tidak seindah yang dijangka. Mungkin kini dia kelihatan selesa dengan bisnes yang dibina. Tetapi ramai yang tidak tahu kesusahan yang dialami sebelum berjaya memiliki perniagaan sendiri.

Ilmirul Aznur Ismail, 27 tahun kini memiliki bengkel sendiri IAI Auto Garage dan bengkel bergerak yang terletak di Pekan, Pahang. Sebelum ini, beliau pernah memiliki perniagaan automotif namun terpaksa ditutup untuk menjaga yang mengalami kemalangan.  



Berasal daripada keluarga yang susah, ayah pencen askar dan mak tidak bekerja malah mempunyai adik beradik yang ramai tidak menjadi penghalang buat beliau untuk bangkit memulakan semula perniagaan yang ditutup sebelum ini. 


NEKAD SAMBUNG BELAJAR AUTOMOTIF

Pada tahun 2007, Ilmirul telah mengikuti pembelajaran dalam bidang automotif di Giat Mara di mana memberikan kelebihan kepada beliau mengenai komponen komponen automotif. Oleh kerana ingin mendalami ilmu peniagaan automotif dengan lebih mendalan, beliau nekad menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad. 


TIDAK MELEPASKAN TAWARAN DARI GIAT MARA

Selepas membuka semula perniagaan automotif, ilmirul cuba untuk mendapatkan nasihat daripada bekas gurunya di Giat Mara, dari situ beliau mengetahui mengenai program yang ditawarkan oleh Giat Mara untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan pelajar Giat Mara. 



PROGRAM MOBILEPRENEUR 

ILMIRUL telah berjaya menerima bantuan (Program Peningkatan Pendapatan) di mana perniagaan beliau layak menerima bantuan sebuah motorsikal yang telah diubahsuai bersama dengan toolbox yang membolehkan beliau memiliki bengkel bergerak sekaligus menambahkan lagi pendapatan beliau sebagai pengusaha bengkel. 

Dengan bengkel bergerak ini, beliau mampu membantu pelanggan yang menghadapi masalah tanpa perlu datang ke bengkel. Lebih menjimatkan kos dan masa. 


BAGAIMANA MOBILEPRENEUR MEMBANTU ANDA

MOBILEPRENEUR merupakan program yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu belia luar bandar di seluruh negara yang mempunyai kemahiran tertentu bagi menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan bergerak. 

Antaranya, automatif, penyaman udara, elektrik, spa dan kecantikan, jahitan, kek dan pastri, dandanan rambut, motosikal, kimpalan, makanan dan minuman, komputer serta elektronik.



Permohonan yang berjaya akan menerima geran sebanyak Rm10000 daripada program ini. 


Dengan program ini, secara tak langsung ianya membantu anda mengembangkan perniagaan kepada usahawan  bergerak di mana ianya meningkatkan pendapatan anda. Kalau sebelum ini, anda hanya menjual cupcake di rumah, kini dengan bantuan motorsikal yang diubahsuai, anda sendiri boleh menghantar cupcake kepada pelanggan dengan lebih pantas tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. 



Untuk maklumat lanjut, layari website : http://www.rurallink.gov.my/


No comments

Powered by Blogger.