Header Ads

"Biasa Kalau Orang Yang 'Membela' Kalau Dia Jumpa Baby Atau Kanak-Kanak Kecil, Dia Suka Pegang Jari Anak Itu,Hati-Hati.."-Menantu Pengamal Perubatan..


Selamat petang. Nak share something sikit ni. Pagi tadi pergi KK untuk checkup baby sebulan. Tengah tunggu turn, ada laa sorang ibu ni bawak mak dia agaknya (50+ tahun agaknya). Kite duduk kerusi belakang die duduk kerusi depan. Sambil bf baby, dia borak ngan kite.
Dia tanya la beranak normal ke czer anak no berapa bagai. Kita jawab macam biase jelaa. Tetiba dia tanya ‘darah ade lagi ke’ 😂😂 mula da syak bukan-bukan . Kite jawab, kadang-kadang je ade. Pastu dia terus nak pegang kaki baby. Kite terperanjat terus cakap ‘Jangan pegang kaki anak saya makcik, mak mertua saya tak kasi’ terus dia tak pegang.

Senyum sinis je. Sampai balik die tak bercakap langsung dengan kite. Act kalau nak tahu, biase nya orang yang membela ni kalau jumpe baby, tak kira la baby ke budak umur 6 tahun sekalipun memang die akan pegang ibu jari kaki anak tu. Lepas dia pegang, anak memang menangis/menjerit.
MIL kite berubat orang. No wonder la kalau kite tahu pasal ni 😂 So yang kat luar sana, kalau nenek tua ke orang muda ke tetiba nak pegang kaki anak, cepat2 tarik anak tu. Yang pregnant jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun sedara mara. Hati orang kita takthu . Sebab tu kena hati-hati walau dengan sesiapa pun.
Yang nak percaya tu percaya laa tapi jangan taksub sangat. Yang taknak percaya, sukati laa ea 😜😂 tiada paksaan. Hahaha.. Tolong kedekut sikit bab anak ni. Kite hampir nak kena masa anak sulung umur 2 tahun balik kampug. Sebab tu orang mengandung /ada anak yang kecik kena ade minyak zikir. Bawak pergi mana-mana . Sebelum keluar rumah sapu kat kepala. telinga. dada. betis. tengkuk.

Kalau orang tu baik tak de masalah kalau die pegang. Kot yang niat tak elok tu insyaallah die takkan berani pegang. Mintak dijauhkan dri anak-anak kita. Amin amin.
edit lagi 😂 : Minyak zikir tu boleh buat sndri. Beli apa-apa minyak yang bersih(boleh bawak solat) bacakan surah yassin ,4 qul, ayat kursi, zikir. Sama macam kita air yassin jugak caranya. Kalau pening nak cari minyak ape, pakai je minyak masak 😂 mil saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut ,takde kaitan dengan king coco haha. boleh cari kat kedai gunting rambut india. Kalau bidan yang ok, diorang buatkan minyak celak.-Pen Merah Press

Kredit:Info Ibu Hamil

No comments

Powered by Blogger.