Header Ads

Bawa Dunia Kreativiti DanTeknologi Itali Ke Malaysia, UniKL Tandatangani MOU Dengan 2 INSTITUSI TERKEMUKA Di Milan


Milan, 19 Mei - Sebagai sebuah institusi di bawah MARA yang bertanggungjawab dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat, UniKL perlu sentiasa dinamik dalam merintis laluan terbaik bagi membangunkan modal insan dan bakat yang mampu bersaing menghadapi cabaran ekonomi dunia untuk melahirkan tokoh korporat, tekno usahawan, golongan profesional, pemimpin masyarakat dan "global competent workforce".


Dalam perkara berkaitan, UniKL berhasrat untuk memperkasakan UniKL IPROM yang telah terlibat dalam penawaran program berasaskan rekabentuk industri sejak tahun 2002 dengan mengwujudkan sebuah Institut yang dipanggil Malaysia Italy Design Institute (MIDI) yang akan memfokus dalam bidang rekabentuk kreatif dan kepenggunaan.

Hari ini, UniKL telah menandatangani 1 LOI dan 1 MOU dengan ModainPelle Academy (MPA) dan Politeknico di Torino (Polito) bagi merialisasikan penubuhuhan MIDI. Selain 2 institusi terkemuka tersebut, UniKL turut bekerjasama dengan Politecnico di Milano, Instituto Marangoni dan European Institute of Design (IED) dalam usaha untuk membawa dunia kreativiti dan teknologi Itali ke rantau ini.

ModainPelle adalah sebuah akademi terkemuka di Milan terutama dalam bidang rekabentuk dan pembuatan kasut, barangan kulit dan barangan kemas manakala Polito pula adalah antara universiti terbaik di dunia di dalam bidang kejuruteraan rekabentuk, teknologi senibina dan "art and design".


No comments

Powered by Blogger.