Header Ads

Apa Beza Ais Jernih Dan Ais Keruh? Adakah Ia Disebabkan Kualiti?






Buat mereka yang kerap meminum minuman berais, pasti anda menyedari perbezaan ais yang digunakan. Ada ketulan ais yang berwarna jernih, dan ada juga yang berwarna keruh.



Apa beza antara dua ketul ais ini?


Ada yang berpendapat, struktur warna ais berkait dengan kualiti air yang digunakan untuk menghasilkannya. Sebenarnya tidak!



Air yang digunakan untuk menghasilkan ais mempunyai banyak bendasing yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh kerana bendasing-bendasing ini adalah mustahil untuk dihapuskan atau ditapis melalui proses penapisan biasa, segala bendasing yang terkandung dalam air akan terkumpul di tengah-tengah menyebabkan ais tersebut kelihatan putih di kawasan tengahnya.





Selain itu, warna keruh yang terhasil pada ais adalah kesan daripada pembekuan air dalam peti, dimana buih udara akan terperangkap dalam struktur kristal ais.






Ketul ais berwarna jernih mengambil masa yang lama untuk dihasilkan, kerana ia menjalani beberapa peringkat, bagi memastikan tiada buih udara terperangkap dalam ais tersebut.




Rujukan:


Ice Cubes: Tap Water And Distilled Water – Physics Van (University of Illinois at Urbana-Champaign)

Cloudy Ice Cubes – Physics Van (University of Illinois at Urbana-Champaign)


Why Is snow “White” But Ice Cubes Are Colorless? Both Are Frozen Water? – Science Line (University of California, Santa Barbara)



Sumber: Era FM

No comments

Powered by Blogger.