Header Ads

Adakah Benar Tidur Dalam Buaian Boleh Menyebabkan Gegaran Otak Bayi? Baca penjelasan ini..



Buaian tradisional adalah antara barangan keperluan kepada kebanyakan bayi di negara ini. Ia dilengkapi spring khas untuk memudahkan buaian digunakan agar bayi tidur lena. Namun persoalannya adakah benar ia boleh menyebabkan gegaran otak anak?



 Tidak salah menggunakan buaian untuk menidurkan bayi. Namun mama dan papa perlu memastikan buaian tersebut perlulah dipastikan tidak diayun dengan kuat kerana ayunan yang kuat boleh menyebabka gegaran. Selain itu, elakkan mengayun buaian selaju-lajunya. Sentiasa perhatikan sekiranya anda menyuruh si kakak atau abangnya membuaikan adik.



Perlu diketahui penyebab utama gegaran otak dan kecederaan kepada bayi yang tidur dalam buaian adalah disebabkan oleh kemalangan atau kecuaian menggunakan buaian. Ini kerana kadang kala spring tidak berfungsi, putus atau besi patah dan menimpa bayi. Maka apabila ia berlaku maka buaian akan jatuh dan menghempap bayi. 


Malahan ada kes bayi terjatuh dari dalam buaian dan kepalanya terhentak ke bawah. Selain itu bayi yang lincah dan aktif sukan meniarap dan bergerak-gerak dalam buaian yang akan menyumbang kepada pelbagai kemungkinan seperti terjatuh, spring patah dan sebagainya.


Justeru, pastikan memilih buaian yang berkualiti dan pemantauan yang rapi amat diperlukan. Biasanya bayi berusia empat bulan masih terlalu awal untuk ditidurkan di dalam buaian walaupun memang ada yang menggunakan buaian bagi bayi seusia itu. Sebaik-baiknya bayi perlulah disusukan secukupnya supaya tidur yang lena.-Pen Merah Press-


Kredit: Pa&Ma

No comments

Powered by Blogger.