Header Ads

7 Resepi Pes Serbaguna Untuk Stok Sebulan Puasa Nanti. Mudah Dan Cepat Hanya 30 Minit Sahaja..


Sempena bulan ramadhan yang hampir tiba ini, mesti para ibu sudah sibuk memikirkan persediaan juadah bersahur dan berbuka nanti. Puan Asrimah Bakri kongsikan cara memasak pes serbaguna untuk stok sebulan. Amat mudah untuk kita jimatkan masa di dapur. Hanya perlukan 30 minit untuk memasak dan menyediakan juadah nanti.


Jom kita buat.

No automatic alt text available.

RESEPI PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
  • Asam jawa,garam,gula,perasa.

Cara-caranya:



-Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau,masukkn asam jawa,garam,gula,perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)

-siap,bekukan.,bl nk mkn unfreeze ,goreng bilis,masukkan sambal tumis.



RESEPI PES ASAM PEDAS


Bahan-bahan:

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai tetak
  • Seikat daun kesum
  • 1sudu besar halba(sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
  • Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
  • Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara-cara:

-Panaskn minyak,masukkn halba ,serai & terus Tumis lada sampai pecah minyak n naik bau,masukkn pati asam jawa ,garam,gula,perasa dan daun kesum...masak dlm 3 minit lg.

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,masukkn ayam/ikan,bendi ke tomato ke,air asam lg(nama pun asam pedas,mestilah masam baru kaw..hihi)



RESEPI PES TOM YAM MERAH

Bahan-bahan:

  • Bawang Merah 10 biji
  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Segengam cili kering(xperlu rebus,terus masukkan dlm blender)
  • Cili Api 10 biji(optional)
  • Lengkuas 1 inci 
  • halian 3 inci
  • Serai 5 batang
  • Daun limau purut 5-6 helai
  • (Kisarkan semua bahan diatas)
  • 5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
  • Sos ikan(nam pla)

Cara-Cara:

-Tumis semua bahan blender . Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,didih air dlm periuk ,masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).

-tips:klu nk tomyam yg btol2 pekat,blender tomato jd pes masukkn dlm tomyam.

-tips:klu nk tonyam kungfu masukkn susu pekat fn 3 sudu.


RESEPI PES TOM YAM PUTIH

Bahan-bahan:

  • Bawang Merah 10 biji
  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili Api 10 biji(tetak)
  • Lengkuas 1 inci 
  • halia 3 inci
  • Serai 5 batang
  • Daun limau purut 5-6 helai
  • Kisarkan semua bahan diatas
  • 5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
  • Sos ikan(nam pla)
Cara-caranya:

-Tumis semua bahan blender . Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,didih air dlm periuk madukn pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).siap

-tips:klu nk tomyam kaw masukkn susu pekat fn 3 sudu.


RESEPI PES RENDANG AYAM

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang kecil 10 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 3 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 2 inci(optional)
  • 6 batang serai 
  • 2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
  • Santan 2 kotak harmoni
  • Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara-caranya:

-Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.masukkan santan,garam,gula,perasa,daun limau purut dan daun kunyit.

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze,ambil pesmasuk dln kuali,masukkn air sexawan,masukkn ayam,msk smpi kering dan ayam empuk.



RESEPI PES SUP

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang kecil 10 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 5 inci
  • 6 batang serai 
  • 6 sudu besar Rempah sup faezah 
  • kisarkan semua bhn 
  • REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
Cara-caranya:

-Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan(saya xguna sbb lbh suka light sup) . Then masukkan bhn blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah sup yg dibancuh dgn sdikit air,tumis lg 2 minit,garam,gula,perasa.

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze,ambil pes masuk dln kuali,masukkn air seperlunya ,masukkn ayam,sayur2..



RESEPI PES KARI

Bahan-bahan:
  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang kecil 10 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 5 inci
  • 6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.
  • (Kisarkan semua bahan diatas) 
  • REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
  • 1 sudu halba

Cara-caranya:


-Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan,halba. Then masukkan bhn blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah kari yg dibancuh dgn sdikit air,tumis lg 2 minit,siap.

-siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze,ambil pes masuk dln kuali,masukkn air dan asam jawa seperlunya ,masukkn ayam,sayur2..




SELAMAT MEMASAK..

No comments

Powered by Blogger.