Header Ads

Tahukah Anda? Inilah Di Antara 10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walau Sudah Sampai Tarikh Luput!


Menurut apa yang ditulis oleh penulis terkenal lifestyle iaitu Sadie L. Trombetta, kebanyakan orang ramai salah faham mengenai tarikh luput yang tertera pada label makanan. Sebenarnya tarikh luput itu adalah untuk memaklumkan pengguna tentang kesegaran makanan itu.


Tetapi jika makanan itu sudah kelihatan teruk, busuk dan nampak lain macam je jangan teruskan niat untuk makan tu. Cuma yang pasti, 10 jenis makanan di bawah berikut masih okay lagi anda nak makan jika terlepas tarikh expired tu;


1. Keju


Jika nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang!  Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi.



2. Bijirin sarapan pagi

Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika anda menyimpan dalam kondisi ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput.



3. Pasta


Sememangnya janga hayat yang tertulis pada pasta itu sendiri lama iaitu di antara satu hingga dua  tahun, ia sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan tempat kering, pasta yang belum di masak akan boleh tahan lama.



4. Roti

Ia memang akan berkulat,  tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi walaupun ada sedikit pertumbuhan kulat-kulat pada sesetengah bahagian roti itu. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan lain macam, jangan makan! Penulis Sadie L. Trombetta berkata, roti perancis kalau sudah melepasi tarikh luput merupakan roti yang masih enak dimakan.




5. Yogurt


Jika anda terlupa nak makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Tetapi awas kalau ada bau lain macam dan telah ditumbuhi kulat, jangan makan!



6. Kerepek Kentang (makanan ringan)


Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang anda boleh dimakan untuk beberapa minggu. Tetapi jika masih belum dibuka, ia masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.
7. Coklat


Kalau anda perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Sebenarnya itu bukan kulat. Ia dipanggil chocolate bloom iaitu berpunca dari gula atau lemak. Ia masih selamat dimakan jika ia disimpan di dalam ruang sejuk 70 darjah keatas atau ke bawah.



8. Rempah/sos.


Biasanya rempah seperti sos tomato, mayones dan jem kalau dah lepas  tarikh luput kita akan terus buang .Tetapi sebenarnya ia masih boleh dimakan! Sekiranya anda sudah membuka botol itu, hidu terlebih dahulu sama ada bau basi ke tidak. Kalau masih belum dibuka dan  disimpan di dalam kabinet , ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.



9. Makanan sejuk beku


Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput.



10. Makanan yang dibungkus


Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Jika berkaitan dengan buah dan sayuran kalau anda lihat ia tidak membusuk ia masih boleh dimakan.




Kredit:rasa.my

No comments

Powered by Blogger.