Header Ads

Syamsul Yusof, Puteri Sarah Sambut Bayi Lelaki


Pengarah dan pelakon filem Syamsul Yusof baru sahaja bergelar bapa selepas isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 6.32 pagi ini.

Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur

Berita itu diumumkan sendiri oleh Syamsul di akaun Instagram miliknya pagi ini dan bayi itu telahpun diberi nama iaitu Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul.

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikul Islam bin Mohd Shamsul.

“Marhaban ya Syaikul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku, Puteri Sarah Liyana,” katanya.
Malah Syamsul juga turut berkongsi wajah bayi yang comel itu dan menerima ribuan ucapan tahniah daripada para followers.

Bayi tersebut merupakan anak sulung kepada Syamsul dan Puteri Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Tahniah buat Syamsul dan isteri. 

No comments

Powered by Blogger.