Header Ads

Seorang Bayi Lelaki Dilahirkan Beruban Di Hungary

BUDAPEST – Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan rambutnya beruban disahkan tidak menghidap sebarang jenis penyakit.


Bence yang dilahirkan di sebuah hospital di Szekesfehervar, Hungary, minggu lalu juga disahkan bukan albino.
“Rambutnya yang beruban bukan disebabkan dia sakit atau mengalami tekanan ketika dalam kandungan,” kata Doktor Zoltan Kummer.

Bayi tersebut, Bence yang digelar Prince Charming berdepan masalah kekurangan pigmen melanin hingga menyebabkan rambutnya putih tetapi keadaan itu hanya bersifat sementara.
Pakar perubatan percaya rambutnya akan hitam apabila dia membesar.

Keadaannya yang pelik itu menyebabkan petugas perubatan di wad bersalin hospital itu menggelarnnya Prince Charming.
Kecuali rambutnya yang beruban, Bence dilahirkan sihat dengan berat 5.4 kilogram dan tinggi 54 sentimeter serta dilahirkan tepat pada masa yang dijangka. – Agensi/myMetro Online

No comments

Powered by Blogger.