Header Ads

Murah..Kerang RM1 Sekilo dan Lala RM4 Sekilo di Yan..


Yan: Lambakan hasil tangkapan siput lala dan kerang di perairan Pulau Bunting, dekat sini, sejak dua minggu lalu menjadi lubuk rezeki 200 nelayan berpangkalan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala, dekat sini.
Fenomena luar biasa itu menyebabkan lebih satu tan hasil tangkapan lala bercampur dengan kerang diperoleh setiap hari melalui 15 bot yang berlabuh di jeti itu sebelum dijual terus kepada pelanggan dengan harga serendah RM1 sekilogram bagi kerang dan lala RM4 sekilogram sejak, kelmarin.
Nelayan, Khalil Abdul Razak, 45, berkata, kebiasaannya hasil laut membabitkan lala dan kerang ini memang berlebihan bermula Februari hingga Mei nanti.
“Selain dijual secara terus kepada pembeli, di sini hasil laut ini yang diperoleh menggunakan ‘tangguk akan dieksport ke Thailand oleh pemborong yang mengambil bekalan di jeti ini.
“Kawasan ini menjadi meriah apabila ramai pembeli mendapatkan hasil laut ini dengan golongan wanita membuat kerja separuh masa mengambil upah mengasingkan antara kerang dan lala, ” katanya ketika ditemui di Jeti LKM Kuala Sala, dekat sini, semalam.

Sumber: Metro


1 comment

Bohong je said...

Bagaimana caranya kita ingin membeli kerang secara pukal

Powered by Blogger.