Header Ads

Juru Bedah Ini Dijulang Sebagai Hero Setelah Melakukan 5 Pembedahan Dalam Masa Hanya 28 Jam..


Seorang jurubedah di China dijulang sebagai hero selepas foto yang memaparkan dirinya tertidur di atas lantai menjadi tular di internet.
Jurubedah itu tertidur selepas selesai menjalankan pembedahan secara serentak yang mengambil masa selama 28 jam.
Dia tertidur di atas lantai dan gambar tersebut di ambil di sebuah hospital di Dingyuan County, Wilayah Anhui, China.
Dia menyelesaikan dua pembedahan di sebelah malam dan tiga lagi pembedahan pada keesokan paginya.
Masa yang diambil untuk menyelesaikan pembedahan tersebut adalah selama 28 jam. Netizen memuji kesungguhan doktor tersebut dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakitnya.-PenMerahPress-

No comments

Powered by Blogger.