Header Ads

Dari Peminat, Pergi Ke Korea Belajar Bahasa Korea, Tak Disangka Gadis Ini Bertemu Jodoh Dengan Oppa



Demam Korea telah menjangkiti kalangan anak muda selama kurang lebih sepuluh tahun kini. Tidak hanya K-Pop, tetapi juga drama, dan variety show dari negara pengeluaran ginseng selalu diikuti anak amuda setiap hari.


Namun, bagaimana jika dari sekadar menjadi peminat salah satu variety show pula dapat jodoh lelaki Korea? Bayangkan sahaja ini tak mungkin terjadi.
Tetapi, ini terjadi pada salah seorang peminat variety show Running Man dari Indonesia, Nanda Putri. Cintanya pada Korea membawa dirinya ke Seoul untuk mempelajari Bahasa Korea.


Nanda ke kelas bahasa di Seoul National University sejak pertengahan tahun 2015. Siapa sangka niatnya untuk menuntut ilmu membuatnya bertemu seorang lelaki bernama Jun. Benih-benih cinta bercambah di antara mereka, dan kemudian membuat Jun melamar Nanda. 
 Detik-detik saat lamaran pada 24 Februari 2017 lalu

Keduanya melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2017 lalu. Menariknya, perkahwinan dua warga negara itu diadakan dengan kombinasi adat Minang dan sentuhan Korea Selatan. Gambar-gambar yang dimuat naik Nanda di akaun Instagram menampakkan mereka memakai Hanbok, pakaian adat Korea dengan latar pelaminan bergaya Minang. Unik bukan?


Kisah Nanda yang berkahwin dengan lelaki Korea ini menghebohkan netizen. Akaun Instagramnya mula dibanjiri pelbagai komen dari netizen, malah ada yang rasa iri dengan Nanda.
Nanda dan Jun






Semoga berkekalan, Nanda dan Jun!


Sumber: Brilio

No comments

Powered by Blogger.