Header Ads

Bayi Menangis Menghampiri Ibunya Dengan “Pampers Berlumur Darah”



Anak kecil pasti seronok apabila diajak ke tempat permainan. Biasanya ibubapa akan berdiri di samping dan menjaga keselamatan anaknya. Tetapi, sebagai manusia pasti mempunyai kekurangan, dan satu kejadian memilukan berlaku di luar negara dan kemalangan tersebut berlaku di kawasan tempat permainan kanak-kanak.




Seorang ibu bernama Amy Smith membawa puteri kecil (Demi) ke taman permainan berhampiran rumah untuk bermain. Sebelumnya ,Amy selalu membawa Demi bermain di taman tersebut dan selama ini tidak pernah terjadi apa-apa. Namun, ketika Amy baru saja mahu duduk di kerusi taman, tiba-tiba dia melihat kejadian yang sangat mengerikan.
Permainan kegemaran Demi adalah gelongsor, tapi permainan kegemarannya malah mendatangkan musibah. Selesai meluncur, Demi tiba-tiba menangis kuat, dan Amy cepat-cepat berlari mendapatkannya, Demi pun menghampiri Amy dengan punggung sebelah kanan penuh berdarah.


Kejadian ini tentunya sangat mengejutkan Amy, sama sekali tidak terfikir bahawa taman permainan boleh menyebabkan kemalangan seteruk ini. Apabila diperiksa, rupanya ada pecahan kaca yang sangat tajam. Amy sangat menyesal kerana dia sudah lalai dan tidak memeriksa gelongsor tersebut sebelum membiarkan Demi meluncur.
Demi segera dibawa ke hospital dan Amy melaporkan perkara ni kepada polis. Setelah disiasat, polis mendapati bahawa ada insan yang sengaja meletakkan serpihan tersebut.


Ya, dunia ini memang penuh kejahatan, dan anak-anak menjadi sasaran penjahat tersebut! Kongasikan kisah ini kepada kawan-kawan dan keluarga, jangan sampai kerana sedikit kelalaian, anak-anak yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa. Semoga bermanfaat. 

Sumber: Youtube

No comments

Powered by Blogger.