Header Ads

Amalkan Doa ini, Doa Agar Cepat Memiliki Rumah, Insha Allah Tidak Sampai Setahun Kita Sudah Di Beri Rezeki Rumah..


Di riwayatkan dari Alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.

DOA AGAR CEPAT MEMILIKI RUMAH:

اللهم رب البيت"

أسألك بجاه أهل البيت
أن تيسر لي خير بيت
"حتى لا نقول يا ليت

"Allahhumma robbal bait
As aluka bijahi ahlil bait
An tuyassiro li khoiro bait
Hatta la naqul ya lait."

Maksudnya:

Ya Allah engkau pemilik Baitullah
Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah
Agar engkau mudahkan untukku sebaik2nya rumah.
Sehigga aku tidak terucap seandainya aku mempunyai rumah,

InsyaAllah tidak sampai setahun kita sudah diberi rezeki rumah.

Jangan lupa, berbuat baiklah pada anak-anak yatim.

TIPS MURAH REZEKI:

1. Solat dengan penuh khusyu ' dan tawaddoq.

2. Membaca surat al-Waqi'ah pada setiap malam.

3. Membaca surat Yasin dan Tabarak di waktu pagi.

4. Hadir ke masjid.

5. Selalu dalam keadaan suci dan ada wuduk/

6. Melaksanakan solat sunat Fajar dan Witir di rumah.

7. Memakmurkan masjid ba'da solat Subuh hingga keluarnya matahari dengan i'tikaf di dalamnya dan memperbanyak bacaan: "Yaa Kaafiy yaa Mughniy yaa Fattahyaa Razzaaq."

Imam Syafi'i Ra. pernah berkata bahawa: 4 perkara yang dapat murahkan rezeki:

1) Qiyamullail

2) Memperbanyakkan istighfar di waktu sahur

3) Bersedekah

4) Berzikir di awal siang hari dan di akhirnya. "


Empat sebab yang boleh menyukarkan datangnya rezeki:

1. Tidur dipagi hari

2. Tidak Solat

3. Malas

4. Khianat

No comments

Powered by Blogger.