Header Ads

Wow! Tips Jimat, Penyaman Udara DIY Menggunakan Botol Plastik. Jom Kita Cuba..

Kini anda boleh menghasilkan alat penyaman udara sendiri menggunakan dua biji botol plastik, lihat bagaimana!

Tanpa alat penyaman udara, kehidupan boleh menjadi sukar. Pada video yang kami kongsikan ini, dua orang netizen memperkenalkan cara yang mudah untuk menyejukkan diri. Dengan hanya menggunakan sebilah pisau lipat, ketulan ais, pemateri, flos gigi, dawai besi, dua biji botol dan sebuah kipas angin, anda boleh menghasilkan alat penghawa dingin anda sendiri.
Pertama, potong sebahagian daripada tapak dua biji botol tersebut menggunakan pisau lipat tadi.
diy4

Kemudian, gunakan pemateri untuk menebuk lubang di bahagian bawah dua biji botol itu.
diy5

Selepas itu, dengan menggunakan flos gigi dan dawai besi, ikat kedua-dua biji botol tersebut di bahagian belakang kipas angin anda..
diy6

Ikat Kedua-dua botol seperti yang di dalam gambar di bawah.
diy2

Keempat, isikan dua biji botol itu tadi dengan ketulan ais
diy8

Kini anda boleh menikmati udara nyaman dengan hanya memasang kipas angin anda. Selamat Mencuba!
diy9

Saksikan video tutorial hebat ini untuk membantu anda menghasilkan alat penyaman udara anda sendiri. Selamat mencuba!


Powered by Blogger.