Header Ads

(VIDEO) Lelaki Temui Beruk Yang Diikat Tangannya Mencari Makanan Di Tepi Jalan Jadi Viral


Endau - Dua hari lepas, seorang lelaki telah memuat naik satu gambar dan juga rakaman video beberapa ekor binatang yang dipercayai beruk liar sedang berkeliaran di tepi jalan di sempadan Mersing dan Endau.

Beliau yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Terengganu ketika itu terlihat seekor beruk dengan tangan terikat di belakang badan. 

Melalui perkongsian lelaki terbabit di facebook miliknya, Mohd Adhwa,  status miliknya jadi viral  dan mendapat respon dari netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja yang bertindak mengikat tangan binatang itu.




Menurutnya lagi, dia ingin menolong untuk membuka ikatan itu, namun terpaksa membatalkan niatnya apabila terlalu banyak beruk-beruk yang berada di situ dari kumpulan yang sama telah mengerumuni keretanya secara tiba-tiba.



Malah, Mohd Adhwa juga melahirkan rasa simpatinya terhadap seekor beruk yang telah diikat di tangannya dan dia berkata beruk berkenaan kelihatan sedih malah tangannya juga seperti membengkak mungkin akibat ikatan yang menyakitkan itu.



Ikatan itu pastinya dilakukan manusia dan berkemungkinan beruk berkenaan terlepas dari kurungan lalu berlari masuk ke hutan dengan tangan diikat.


Namun hari ini, tinjauan yang dilakukan oleh jabatan perhilitan mersing ke lokasi mendapati beruk berkenaan sudahpun tiada di lokasi dipercayai sudah kembali ke dalam hutan. - PENMERAH PRESS





Kredit: Mohd Adhwa

No comments

Powered by Blogger.