Header Ads

Tips Sempurnakan Majlis Perkahwinan Dengan Bajet Rendah..

No automatic alt text available.

Merancang terlebih dahulu bajet perkahwinan adalah perkara yang amat penting bagi memastikan perbelanjaan lebih terkawal. Perlu diingat majlis yang bakal dilaksanakan mengikut kemampuan  individu itu sendiri. Entri kali ini berkongsikan panduan merancang bajet perkahwinan yang lebih sempurna.

1. MENGADAKAN MAJLIS DI LUAR MUSIM

Rata-rata bakal mempelai memilih musim cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tahukah anda pada waktu ini harga barangan  dan perkhidmatan berkaitan  perkahwinan melambung tinggi disebabkan permintaan yang tinggi. Sebaiknya, pilihlah bulan yang bukan  musim cuti. Harga pastinya jauh lebih murah.

2. SENARAI TETAMU

Untuk memastikan bajet perkahwinan terkawal, anda perlu mengambil berat tentang tetamu yang bakal hadir. Ini penting kerana anda boleh mengira bajet yang keluar untuk kos makanan dan cenderahati. Senaraikan tetamu yang akan hadir bagi memudahkan pengiraan dari segi makanan dan sebagainya.


3. JAHIT SENDIRI SULAMAN MANIK

Sekiranya anda ingin menempah sendiri busana perkahwinan anda, untuk menjimatkan kos, anda boleh menjahit sendiri sulaman manik atau labuci busana pengantin anda. Beli fabrik sendiri dan  tempeh pakaian asas sahaja. Jahit sendiri  manik atau labuci kerana inilah yang membuatkan  pakian pengantin mahal.

4. LOKASI MAJLIS

Sekiranya ruang rumah anda terhad untuk mengadakan majlis, dewan adalah pilihan terbaik. Kebiasaanya, dewan mempunyai kelengkapan fasiliti untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bandingkan dahulu harga sesuatu dewan dengan harga dewan lain agar anda mendapat pilihan yang terbaik.

5. MAKANAN DAN KATERING

Sebelum memilih katerer buat majlis anda, anda dinasihatkan membuat survey terlebih dahulu dan membandingkan harga sebelum membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu sehingga ingin    menempah menu yang terlalu banyak. Cukup sekadar mempunya menu utama, minuman dan pencuci mulut.

No comments

Powered by Blogger.