Header Ads

Sekarang Barulah Saya Tahu Kenapa Dia Suruh Saya Urus Semuanya Sendiri - Isteri Fandi Mangsa Nahas Kereta Melawan Arus




Sungai Petani - Susulan kemalangan maut di Pulau Pinang semalam yang membabitkan kematian seorang lelaki akibat dirempuh sebuah kereta yang melawan arus masih lagi hebat diperkatakan di media sosial. Sementelah lagi, arwah baru saja mendirikan rumahtangga 3 bulan lalu.

Mangsa Mohamad Fandi Rosli, 26, terbunuh dalam kemalangan itu apabila dirempuh oleh sebuah kereta di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pagi semalam.

isterinya Norasikin Abdul Halim, 26, yang kini sedang diperingkat awal mengandung anak sulung mereka merupakan seorang jururawat yang bertugas di Hospital Selayang, tidak dapat menyembunyikan kesedihannya setelah suami tersayang meninggal dunia.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan ini telah berkahwin semenjak 3 bulan lalu tetapi tinggal berasingan memandangkan Norasikin berkerja di Selayang, manakala mangsa adalah seorang juruteknik di satu syarikat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan. "Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan. "Sekarang saya tahu kenapa," katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang, Sungai Petani malam tadi.

Malah arwah sempat membelikan tiket penerbangan untuk isterinya serta menyuruh Norasikin menguruskan sendiri jika ingin pulang ke Kuala Lumpur.







Peristiwa ini sangat menyedihkan dan sukar untuk diterima Norasikin kerana dia baru sahaja disahkan hamil dan kandungannya kini berusia empat minggu malah beliau dan suaminya baru sahaja bercuti di Pulau Langkawi dua minggu yang lalu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan `selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam. 

Bapa Mohamad Fandi, Rosli Lin, 56, juga amat mengharapkan remaja yang melakukan kesalahan tersebut dikenakan hukuman yang setimpal kerana telah mengakibatkan kemalangan itu berlaku dengan memandu melawan arus sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tersayang. - PENMERAH PRESS


No comments

Powered by Blogger.