Header Ads

Resepi Viral: Kerabu Seafood Ala Thai..

Kerabu Seafood Ala Thai

Suka makan menu seafood yang luar biasa? Kali ini anda patut buat sendiri di rumah sajian 'meleleh' yang cukup mudah tetapi mampu pikat selera pasangan, Kerabu Kerang Seafood, paling penting jimat masa!

Bahan-bahan:
  • 1 kg Kerang - masak sampai kerang terbuka, terus keluarkan, tapis dan rendam dalam air ais. Separuh dikupas isi, separuh buang sebelah kulitnya.

  • 1/2 kg udang (kupas kulit) dan 1/2 kg sotong (buang kulit) dihiris kecil, rebus seketika, tos dan rendam dalam air ais.
  • Toskan kesemua bahan hingga hilang air.


(Bahan-bahan ini jangan masak lama sangat nanti keras)
  • Suku cawan air belacan
  • Suku cawan air perahan limau nipis (kulit pakai sekali)
  • Suku cawan sos ikan
  • Suku cawan cuka
  • Suku cawan gula
  • Suku cawan air asam jawa
  • Garam


Campurkan kesemua bahan dan masukkan kedalam kerang, sotong dan udang.
  • 10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 10 ulas bawang putih
  • Tomato
  • Tumbuk kasar dan gaulkan dengan kesemua bahan.
  • Sedia untuk dihidang. 


Kredit: Watee Darus

No comments

Powered by Blogger.