Header Ads

RESEPI SAMBAL HIJAU SEDAP DAN MUDAH..

Image may contain: plant and food

Sedap! Makan dengan nasi panas-panas, kuah ikan singgang tambah dengan ulam-ulam. Mak mertua lalu melintas pun tak sedar ni.hehe
Bahan-bahan yang diperlukan :
6 biji cili hijau besar
15 biji cili api
6 Bawang merah
4 Bawang putih
Ikan bilis ikot citarasa
4 ulas Bawang besar (hiris kasar)
Minyak masak
Garam
Gula
Ajinomoto
Perencah Secukup Rasa (jika perlu)
Cara memasak:
Mula2 Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam kuali. Semua bahan-bahan di atas takpayah dipotong. Tumis je bulat bulat.
Kemudian Bila bawang dan cili dah bertukar warna, angkat dan toskan bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan bahan-bahan tersebut dalam lesung batu dan ketuk sekuat hati sampai jiran kiri kanan punya rumah bergegar.
Bila kelihatan Agak-agak dah lumat tu, masukkan semula bahan-bahan tadi dalam kuali yang ada minyak bersama api yang sederhana kecil. Kalau nak sambal tu berkuah, bolehlah tambah air (jangan banyak-banyak nanti tak power. Sikit je bagi nampak basah).
Last sekali Masukkan bawang besar, garam, sedikit gula, sedikit ajinomoto dan perencah secukup rasa. Kacau sampai sebati dan sambal hijau sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba! Sedap ni!!!
Image may contain: foodImage may contain: food

2 comments

Halimahnor Ibrahim said...

Favorite...will try d recipe coz it seems simple

Halimahnor Ibrahim said...

Favorite...will try d recipe coz it seems simple

Powered by Blogger.