Header Ads

Resepi- Oreo Cheese Cake Tanpa Oven dan Tak Perlu Bakar..

Image may contain: dessert and food

Resepi Oreo Cheese Cake Tak Perlu Bakar|Sesuai sangat untuk yang tiada Oven, atau yang tidak mahir dalam mengendalikan oven, resepi sangat simple dan mudah untuk disediakan, boleh ajak anak-anak untuk buat, jom kita cuba..

Image may contain: 1 person

BAHAN-BAHANNYA:

  • Icing sugar (3 sudu besar)
  • Whipping cream dairy (200ml)
  • Cream cheese (100g, nak pakai lebih pon boleh utk bagi tebal lg)
  • Esen vanilla (1 sudu kecil)
  • Oreo (2 paket)
  • Butter (2 sudu besar)
Image may contain: food

Langkah pertama. Hancurkan 1 paket biskut oreo. Selepas itu campurkan butter yang dah cair. Mampatkan dalam loyang mcm ni. Saya takda springfoam, jadi saya gunakan loyang biasa dan lapik plastik untuk senang keluarkan kek tu nanti.

Image may contain: food and indoor

Langkah yang kedua. Pukul whipping cream sampai berbuih macam texture aiskrim yg cair. Di bekas yang lain, tambahkan lebih besar, sebatikan cream cheese, gula icing dan esen vanilla. 


Langkah yang ketiga. Campurkan whipping cream ke dalam bekas cream cheese. Sebatikan.

Image may contain: food

Langkah Keempat : Hancurkan beberapa keping biskut oreo lagi kemudian campurkan dengan cream cheese tadi. Masukkan dalam loyang.

Image may contain: food

Saya bahagikan cream cheese tadi kepada dua bahagian sebab nak letak coklat masakan yang saya dah hancurkan. Lepas tu baru saya masukkan lebihan cream cheese kat atas. Terpulang kepada cara masing-masing. Nak tabur kacang atau coklat M&M pun boleh.

Image may contain: dessert, food and indoor

Tadaaaa..Ni finishing look. Lepas tu masukkan dalam peti ais bahagian bawah. Bukan bahagian freezer tau..Dalam 4 jam macam tu dah boleh makan dah. Selamat Mencuba :)

Kredit -‎ Siti Nuralia Adnan (MAHN) 


No comments

Powered by Blogger.