Header Ads

RESEPI- BIHUN SUP CHINESE STYLE. SEDAP,SIMPLE DAN MUDAH..

RESEPI- BIHUN SUP CHINESE STYLE| Sangat simple, mudah disediakan dan sangat sedap. Jom kita cuba :

Image may contain: food

Image may contain: food

BAHAN-BAHANNYA:

-Bihun
-Udang
-Sawi
-Bebola ayam
-Bawang Putih (cincang halus)
-Minyak (untuk goreng bawang putih)
-Stok Ayam atau Kiub ayam.

Image may contain: food and indoor

Masukkan minyak dalam kuali goreng bawang putih..

Image may contain: food and indoor

-Goreng bawang putih sehingga garing. Bila dah garing, angkat semua sekali dengan minyak.

Image may contain: food

-Dalam periuk lain, masukkan air untuk dijadikan kuah sup (ikut banyak mana nak kuah). Kemudian, masukkan sedikit bawang putih goreng tadi sekali dengan minyak. KemudianSelepas itu, masukkan stok ayam atau kiub ayam.

Image may contain: food

Selepas itu, masukkan udang dan letakkan garam (secukup rasa) ataupun bahan perasa.

Image may contain: food

-Kemudian, masukkan bebola ayam dan biarkan sekejap bebola dan udang masak.

Image may contain: food

-Akhir sekali, masukkan sayur sawi. Biarkan kejap agar sayur sawi layu di dalam sup.

Image may contain: food

-Tutup api, dah siap sup kita. Tapi, nak tambah selera ummphh lagi, makan bersama dengan sambal kicap. Resepi sambal kicap seperti di bawah.

Image may contain: 1 person, food

Cara buat sambal kicap:

-Cili api (dihiris)
-Kicap cair
-Cuka @ Asam limau
-Gula
-Garam

*Gaul semua sekali*


Image may contain: food

Tadaaa...
Siap..Bawang putih goreng tadi, masukkan dalam mi sup sewaktu nak makan. Sedap nya :D



Kredit : Puan Azlina Abd Aziz


1 comment

Shaffir Sulaiman said...

Wah simple jr buat nya boleh la try..tq sbb kongsi resepi ni ya..

http://jawatan-kosong-johor.blogspot.my/

Powered by Blogger.