Header Ads

Petua Kulit Gebu dan Anjal? Guna 6 Bahan Yang Ada Kat Dapur Anda Ni Je!..

Nak tahu tak cara-cara nak gebukan wajah kita?
Kulit yang anjal merupakan idaman setiap wanita di luar sana. Tapi, berikutan faktor usia, kulit wajah akan berkedut kerana kehilangan kolagen dan komponen yang selama ini membuat kulit menjadi tegang. Satu mimpi ngeri buat mereka yang dah meningkat umur.
Kita memang tak dapat nak melawan proses penuaan kulit tetapi ada cara yang kita boleh lakukan untuk kulit wajah tampak anjal dan awet muda.
1.    Putih telur
Putih telur mengandungi unsur semulajadi bersama hydro lipid yang membantu untuk menegangkan kulit.
-    Pukul 2 biji putih telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
-    Sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia selama 20 minit.
-    Bilas muka menggunakan air sejuk.
2.    Kulit pisang
Gunakan kulit pisang emas yang dah masak. Ambil bahagian dalam kulit pisang tersebut dan gosok pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Untuk hasil yang lebih baik, amalkan petua ini dua hingga tiga kali seminggu.
3.    Lemon
Kandungan vitamin C yang terdapat di dalam buah lemon dapat meningkatkan proses penghasilan kolagen yang membantu untuk menegangkan lagi wajah dan menghilangkan kedutan.
-    Gunakan buah lemon segar dan perah untuk dapatkan jus lemon.
-    Ambil jus lemon tersebut dan sapukan pada wajah.
-    Biarkan ia serap ke dalam kulit muka dan biarkan selama 10 minit.
-    Amalkan sehingga dua atau tiga kali seminggu.
4.    Timun
Timun adalah “toner” semulajadi yang menyegarkan kulit dan menganjalkan wajah.
-    Kisarkan setengah biji timun dan ambil jusnya.
-    Ambil dua sudu besar jus timun, satu biji putih telur dan 3 titis minyak Vitamin E dan dan gaul sebati dalam satu mangkuk.
-    Ambil campuran tadi dan sapu diseluruh wajah (macam mask)
-    Biarkan untuk 15 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
5.    Susu segar
Susu segar bukan je untuk diminum, tapi boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah. Caranya mudah je, sapukan seluruh wajah anda dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering dan kemudian bilas bersih dengan air suam.
6.    Madu
Madu cukup terkenal dengan khasiatnya yang boleh merawat pelbagai penyakit. Ia juga merupakan agen antioksidan dan anti penuaan semulajadi untuk merwat kulit kedut dan tidak anjal.
-    Campurkan 3 sudu besar madu bersama 3 sudu besar jus lemon dan 1 sudu serbuk kunyit ke dalam satu bekas dan gaul sebati.
-    Sapukan campuran tersebut ke muka dan biarkan selama 15 minit.
-    Bilas dengan air suam dahulu dan kemudian barulah basuh muka menggunakan air sejuk.

Haa senang je kan nak dapatkan kulit muka yang anjal, gebu dan awet muda? Takyah pergi buat pembedahan muka pon tau, just kena usaha lebih sikit je. Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.