Header Ads

Peranan Suami ,Untuk Tenangkan Isteri Tercinta Semasa Isteri Bergelut Kesakitan Hendak Bersalin..



Kontraksi di bilik bersalin memang teramat lah menyakitkan. Ada sesetengah ibu-ibu sampai tidak dapat mengawal diri. Jadi amat penting lah apabila isteri bersalin suami ada di sisi.  Jangan pandang benda ini remeh. Peranan suami juga besar dan penting. Baca artikel ini sampai habis kalau nak tahu apa yang pentingnya.

1.Teknik pernafasan

Ingatkan mama untuk mempraktikkan apa yang anda berdua pelajari semasa kelas antenatal iaitu teknik pernafasan yang betul supaya kelahiran mudah dan lancar. Teknik pernafasan yang betul juga boleh mengurangkan kesakitan.

2.Aromaterapi

Jika boleh, anda boleh memasang minyak pati aromaterapi yang membantu menenangkan mama yang bakal melahirkan. Sebagai contoh, lavender dan ylang ylang amat terkenal dengan sifat-sifat yang menenangkan.

3.Urutan

Berikan urutan kepada mama. Urutan boleh menyebabkan pelepasan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksi yang sedang dialami.  Ia juga mampu melegakan kesakitan dan mengurangkan kebimbangan mama di peringkat pertama kelahiran. Urutlah pada bahagian bahu untuk membantu mama melegakan bahu dan bernafas secara teratur. Kebanyakan wanita akan merasai kontraksi kuat pada bahagian belakang. Maka urutan pada belakang juga amat membantu.  Selain itu, urut kaki dari buku lali ke jari kaki, atau membuat lingkaran dengan ibu jari di seluruh tapak kaki. Urutan pada kaki juga membantu memanaskan kaki yang sejuk. Urutan tangan melibatkan pergelangan dan tapak tangan pula boleh menjadi sangat menenangkan.

4.Makan dan minum

Kebanyakan hospital rakan bayi membenarkan mama mengambil minuman semasa di bilik bersalin (bagi kelahiran berisiko rendah sahaja). Papa boleh membantu mama minum air sedikit demi sedikit. Tindakan ini tentunya boleh melegakan kesakitan yang sedang dialami.

5.Semangat

Waktu menunggu tahap pembukaan serviks dan kontraksi yang dialami semakin hebat. Kata-kata semangat daripada papa tentu akan menyebabkan mama lebih bermotivasi. Bagi Muslim, boleh berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menenangkan mama. Berikan tangan untuk mama genggam. Begitu juga semasa meneran, dorong mama untuk meneran sehabis baik supaya si kecil mudah dilahirkan. Jika boleh, pangku mama di katil semasa meneran jika dibenarkan pihak hospital.

No comments

Powered by Blogger.