Header Ads

Lelaki Ini Laungkan Azan Ketika Koma.. SubhanaAllah..





Individu di dalam video adalah tukang azan yang berada di dalam keadaan koma.

Beliau bangun setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan dan koma semula setelah selesai azan.


Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan,
"Sesungguhnya seorang hamba hanyalah akan diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan. Barangsiapa meninggalkan suatu amalan -bukan kerana uzur syarie seperti sakit, bersafar, atau dalam keadaan lemah di usia tua-, maka akan terputus darinya pahala dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut." [Lihat Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84]

Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa dia rutinkan kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.


Hal ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
"Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat melakukan amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak bemusafir) dan dalam keadaan sihat." [HR. Bukhari no. 2996]





Sumber: Facebook Abu Aqif Al Aman

No comments

Powered by Blogger.