Header Ads

Komposer Johan Nawawi Meninggal Dunia

E




Komposer terkenal Johan Nawawi telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6.30 pagi di sebuah pusat perubatan Subang Jaya.

Menurut MStar, perkara ini telah disahkan sendiri oleh anak lelaki Allahyarham, Mohd Syakir Aliff serta pesanan ringkas mesej suara isteri Allahyarham, iaitu penyanyi terkenal Nora.

Allahyarham dikatakan dibawa ke pusat perubatan Subang pada awal pagi Jumaat kerana kurang sihat. Jenazah akan disemadikan di Masjid Kampung Tunku selepas solat Jumaat. 

Johan Nawawi merupakan komposer yang banyak mencipta lagu yang menaikkan nama isteri Allahyarham, Nora. Antara lagu-lagu ciptaan Allahyarham termasuklah Naluri, Satu dan pernah mengadaptasi Al-Fatihan menjadi lagu dalam Erti AL-Fatihah yang dinyanyikan oleh anak perempuan Allahyarham, Putri yang turut dimuatkan dalam siri animasi "Ummi - Ceritalah Pada Kami!"



Terkini

Turut menghadiri majlis pengkebumian adalah rakan-rakan artis dan komposer seperti Aishah, Datuk Fauzi Marzuki, Dato' M. Nasir, Dato' Freddie Fernandez, Datuk Ramli MS, Azman Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Datuk Aziz Bakar, Aziz M Osman, Datuk Shah Reza, Zul Mahat, Boon Tan, Tam Spider dan lain-lain lagi.


No comments

Powered by Blogger.