Header Ads

Kenapakah Bayi Suka Menggigit? Inilah Sebabnya..


Tahukah anda gigitan buat si kecil bererti, “Tolong beri perhatikan kepada saya” atau “Saya tidak suka itu”. Ia umpama luahan perasaan negatif si kecil.
Tingkah laku kanak-kanak yang sedang membesar begitu istimewa. Ia termasuklah ketawa, memeluk, berlari, berguling-guling hingga menggigit apa saja yang ada berhampirannya. Tetapi tingkah laku suka menggigit memang ibu-ibu perlu beri perhatian. Bimbang akan menggigit rakan sebaya semasa bermain.  
Bagaimanapun, situasi ini dikatakan normal bagi perkembangan awal kanak-kanak jika tidak mencederakan sesiapa. Perilaku ini termasuk menggigit teether, barang permainan dan sebarang objek baru yang menarik perhatiannya.  Perilaku menggigit ini biasanya dilakukan oleh segelintir anak pada usia satu hingga empat tahun. Ketika ini, kemampuan bahasanya masih belum kukuh. Jadi gigitan dijadikan sebagai medium komunikasi pantas untuk menyampaikan rasa hatinya. Tetapi, anda perlu bertindak mengawal supaya tidak berlarutan.
Persoalannya, kenapa si kecil menggigit? Secara umumnya, ia adalah kerana si kecil inginkan perhatian atau mengekspresikan perasaannya yang tertekan, marah atau ketakutan. Ini adalah antara beberapa emosi yang kerap menjadi alasan si kecil menggigit.
 Malah, ia juga dicetuskan oleh perasaan cemburu kepada kelahiran adik baru. Namun, situasi ini hanya sementara. Apabila kemahiran bahasanya berkembang, kecenderungan menggigit akan turut berkurangan. Ikuti beberapa penyebab anak menggigit dan cara untuk mengatasinya.
Sebab Anak Menggigit.
1. Tumbuh gigi
Anak anda tidak selesa apabila gigi mulai tumbuh. Bahagian gusinya membengkak disertai rasa sakit dan gatal. Cara menggigit dapat mengurangkan rasa sakit pada gusinya.
2. Penerokaan
Pada usia ini, anak anda memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Tanpa sedar, dia menggunakan mulut dan giginya untuk belajar tentang sesuatu.
3. Tarik perhatian
Kanak-kanak menggigit kerana ingin mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya.  

4. Marah
Kanak-kanak juga mempunyai emosi. Kadang-kadang apabila marah atau kecewa, dia akan menggigit teman bermainnya.  

Penyelesaian:
a)Kain basah atau teether digunakan untuk si kecil menggigit. Cara ini akan menghilangkan rasa gatal dan sakit pada gusi semasa gigi dalam proses tumbuh.
b)Wujudkan persekitaran yang ceria supaya tiada sebab yang boleh mencetuskan kemarahan si kecil.
c)Pastikan dia cukup tidur dan kenyang sebelum bermain di luar.
d) Sewaktu bermain, anda perlu memberi tumpuan kepada si kecil supaya tidak berasa dirinya dipinggirkan. Terutamanya jika dia telah memiliki adik baru.
e)Beri dorongan untuk membantu si kecil meluahkan perasaannya. Ajar cara bagaimana untuk menyampaikan keinginan atau rasa tidak puas hati melalui ucapan.
f)Ajarinya bahawa tindakan meluahkan perasaan marah dengan cara menggigit adalah salah dan akan menyakiti orang lain.
g) Alihkan kemarahannya dengan melakukan aktiviti lain seperti bermain dengan binatang peliharaan, menari, mewarna atau bermain di padang permainan.
h)Jika si kecil menggigit, segera beri perhatian kepada mangsa yang digigit. Tenangkan mangsa terlebih dahulu apatah lagi jika dia anak orang lain.
i)Tegur dengan tenang tetapi tegas dengan mengatakan kepada anak, “Jangan gigit” atau “Sakit bila digigit”.
j)Jangan berleter. Gunalah ayat ringkas supaya si kecil mudah memahami apa yang anda inginkan sampaikan kepadanya.  

No comments

Powered by Blogger.