Header Ads

Kenapa Halang Anak Yang Suka Main & Koyakkan Kertas? 5 Sebab Ini Anda Perlu Tahu!..

"Eh, abang ambik kertas dari tangan Adrey tu. Kang habis dia koyak-koyakkan kertas tu."
Perasan tak anak anda yang berusia 8 bulan ke atas menunjukkan minat yang tinggi terhadap kertas. Dia sudah mula pandai bermain dengan kertas dan suka mendengar bunyi bising kertas dironyokkan. Adakalanya si comel akan ketawa keseronokkan dengan melihat anda meronyokkan kertas di depannya.
Tetapi kadangkala bila terlepas pandang, kertas yang dikoyakkan juga boleh dimasukkan ke dalam mulut. Sudah tentu ia boleh membahayakan si comel. Aktiviti mengoyak kertas ini bukan setakat terhenti pada usia bayi sahaja bahkan semakin membesar anak akan terus minat dengan hobi ini. Dari sudut perkembangan anak, sebenarnya anda tak perlu melarangnya bermain kertas.
Pastikan anda memantau hobi baru si manja dengan tidak membiarkan dia bermain kertas sendirian. Aktiviti mengoyak kerats sebenarnya bagus untuk perkembangan si kecil kerana ia merangsang kekuatan jarinya dan perkembangan motorik halusnya.
Selain itu, ada pelbagai kebaikan lain yang diperolehi oleh si cilik yang gemar mengoyak kertas.
1. Mengenal tekstur
Pilih berbagai jenis kertas untuk dijadikan mainan si kecil, mulakan dari kertas tisu yang tipis dan lembut, kertas buku, kertas kad, hingga kertas kotak kasut yang susah dikoyak kerana tebal dan liat. Bandingkan juga bunyi kertas-kertas tersebut ketika dikoyak dengan cara dekatkan ke telinga anak ketika mengoyaknya.
2. Meningkatkan daya tumpuan
Minta anak mengoyak kertas. Kemudian dari kertas yang sudah terpotong-potong itu, minta dia mengoyaknya lagi sehingga kecil. Berapa lama si kecil perlukan masa untuk mengoyakkan kertas itu. Kemudian tambahkan lagi jumlah kertasnya, semakin banyak kertas yang dia koyakkan menjadi serpihan kecil, semakin tinggi daya tumpuannya.
3. Mengenal warna
Sediakan kertas berwarna-warni. Setelah itu, siapkan kertas kosong berwarna putih. Letakkan sedikit gam pada kertas warna-warni yang dikoyakkan, lalu suruh anak tampal di atas kertas putih. Anda boleh saja biarkan dia tampal sendiri atau anda membantu anak untuk menampalnya mengikut susunan seperti warna pelangi. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang sudah pandai berjalan dan duduk diam. Di sini dia belajar mengenal warna.
4. Belajar saiz dan bentuk
Ketika si kecil asyik mengoyak kertas, dia mungkin tidak tahu saiz koyakan kertas tersebut. Anda boleh membantunya belajar mengenal tentang saiz dan bentuk. Campurkan pelbagai saiz dan bentuk potongan kertas tersebut, kemudian ajak anak memisahkan potongan yang besar dengan yang kecil.
5. Membuat kolaj
Kumpulkan kertas bekas dengan pelbagai warna, motif, dan tekstur. Ajak anak mengoyaknya menjadi potongan-potongan kecil. Kemudian ambil sehelai kertas dan buatlah gambar, misalnya buah atau bunga. Sapukan gam pada gambar tersebut dan minta anak tampalkan potongan kertas pada permukaan gambar tersebut.
Aktiviti yang mungkin nampak tidak bermanfaat sebab menyebabkan rumah bersepah sebenarnya salah satu cara si kecil belajar. Apa yang penting sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu kreatif mengambil peluang untuk menjadikan hobi atau minat anak sebagai salah satu cara mereka belajar banyak perkara.

No comments

Powered by Blogger.