Header Ads

Jepun Letak 'Kod Bar' Pada Kuku Warga Tua Nyanyuk..


TOKYO: Sebuah bandar di Jepun telah memperkenalkan cara baharu untuk mengesan warga emas dengan penyakit nyanyuk (demensia) yang sering terdedah kepada risiko sesat.

Pesakit ini akan diletakkan tanda pada jari tangan dan kaki mereka dengan kod bar imbasan.

Sebuah syarikat di Iruma, utara Tokyo, telah membangunkan pelekat kuku kecil, yang setiap satunya mempunyai  nombor pengenalan unik bagi membantu keluarga pesakit berkenaan mencari orang tersayang yang hilang, menurut pejabat kebajikan sosial di bandar ini.

Pelekat berkod untuk kuku ini, sebahagian daripada perkhidmatan percuma yang dilancarkan bulan ini dan yang pertama di Jepun berukuran hanya satu sentimeter (0.4 inci).
"Dapat meletakkan pelekat itu pada kuku adalah satu kelebihan yang besar," kata seorang pekerja bandar kepada AFP.

Cip itu mampu melekat dalam tempoh purata dua minggu, walaupun ia basah.
Jepun berdepan dengan penuaan penduduk yang pesat dengan warga emas dijangka membentuk 40 peratus populasi penduduk sekitar 2060.

Bulan lalu, polis Jepun mula menawarkan diskaun mi di restoran-restoran tempatan kepada warga tua yang bersetuju menyerahkan lesen memandu mereka.

Tawaran itu dibuat ekoran beberapa siri kemalangan maut melibatkan pemandu warga tua, masalah yang semakin meningkat di negara di mana 4.8 juta penduduk yang berumur 75 tahun atau lebih memegang lesen memandu.


No comments

Powered by Blogger.