Header Ads

"Chubby" atau Overweight pada bayi tidak seharusnya dilihat sebagai ‘comel,’ masalah ini boleh mengancam nyawanya..


"Wahhhh.. bam bam nya baby ni"
"Wahhh.. Comelnya baby 'sado' ni"
"Ketak-ketak badan baby, cute sangat"

Ayat ini lah biasanya di gunakan oleh kebanyakan mereka yang melihat bayi yang tembam atau pun berisi. Sehinggakan bila melihat anak-anak orang lain yang kurang berisi, mulalah asyik menanya " Eh kenapa anak awak kurus sangat, kurang bagi makan ke? Tengok anak saya ni, tembam bulat". Jangan bangga sangat anak tu tembam, sihat kah mereka? Buat pemeriksaan doktor ya encik-encik, puan-puan..


Mungkin ada yang merasakan bayi yang dipaparkan pada gambar ini kelihatan comel. Tetapi berat badannya yang berlebihan bukan sahaja menyukarkan kehidupan sehariannya, ianya juga boleh mengancam nyawanya.

“Lebih ramai yang mati di Amerika akibat terlalu banyak makan daripada terlalu sedikit makan,” kata seorang ahli ekonomi tersohor Amerika, John Kenneth Galbraith. Kini masalah ini bukan sahaja dihadapi negara maju seperti Amerika, malah ianya lebih serius dalam kalangan negara membangun.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), masalah berat badan dan penyakit obesiti merupakan risiko kelima tertinggi yang menyebabkan kematian di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 2.8 juta orang dewasa kehilangan nyawa setiap tahun disebabkan masalah kesihatan ini.
Masalah kesihatan ini dilihat menular kepada kanak-kanak sejak kebelakangan ini. Pada tahun 2011, lebih 40 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun menghadapi masalah berat badan – 30 juta daripadanya tinggal di negara membangun.
Masalah berat badan dan penyakit obesiti tidak harus dipandang remeh kerana masalah ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain yang lebih serius seperti, penyakit jantung dan kanser.

Peningkatan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan lemak serta gaya hidup yang tidak banyak melakukan pergerakan fizikal dilihat antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini.
Ayuh kita semua menukar tabiat makan kita kepada yang lebih sihat di samping mula mencari masa untuk melakukan senaman setiap minggu!


No comments

Powered by Blogger.