Header Ads

Bayi Lelaki Ditinggalkan Di dalam kotak Air Mineral di atas tangga rumah pangsa..

Tangisan sayu bayi dari kotak air mineral
Seorang bayi dijumpai di tingkat lapan sebuah apartment di daerah Kota Damansara di sini pada petang Isnin. - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak air mineral di tepi tangga tingkat lapan Blok D Flora Damansara di sini pada petang Isnin.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh seorang remaja perempuan yang terdengar suara tangisan bayi itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tingkat sembilan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, remaja itu kemudian menghubungi ibunya yang berada di tempat kerja sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu. 

”Saksi menemui kotak air mineral berkenaan di platform tangga antara tingkat sembilan dan tingkat lapan.

“Dalam kotak tersebut remaja berkenaan menjumpai bayi lelaki yang masih dalam tangisan dan menunggu beberapa minit sebelum membawa bayi ke rumahnya sekali dengan kotak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Image result for bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kotak di tangga Pangsapuri Flora Damansara,
Kotak air mineral yang didakwa ditinggalkan bersama bayi di dalamnya. - Sumber JBPM

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati itu bayi itu stabil dan baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.

Tambah Mohd Zani, beliau telah mengarahkan anggotanya untuk melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Beliau berkata  kain yang digunakan untuk membersihkan bayi itu juga diambil untuk dianalisis.

Siasatan juga mendapati suspek dipercayai menggunakan tangga sama ada dua tangga dari atas atau dua tangga dari bawah, berdasarkan berat kotak dan bayi.

No comments

Powered by Blogger.